Sunday, 29 April 2012

Life must go on

hai. Assalamualaikum. selamat sejahtera. selamat malam dan salam satu malaysia. hihihi. saya sedang berada dalam keadaan yang tidak beberapa sihat. yelah, baru lepas balik camp. kejang semua otot otot saya ni. eh, setahu saya bukan saya sorang je, tapi semua yang pergi lah. hahah k. nak ketawa pun tak larat you know. sakit weyh. esok sekolah weyh. hanya disebabkan oral dan sebab teacher marah je aku pergi. kalau tak, memang tak pergi dah lah. ini semua rempuh halangan punya pasal. salahkan rempuh halangan!! tapi sebelum itu, kita cerita pasal drama BI haritu.

>>>BEGIN<<<

k. haritu en, ada drama Bi en. aku join lah en. masa latihan tu boleh je buat. tapi bila atas pentas dah habis semua benda lupa. 'blank Ain'. lol. ada satu part tu kena angkat telefon, then saya cakap "hello" sebanyak 5-6 kali rasanya, then, yang backup semua pangil "Ain! angkat telefon tu!" selepas itu baru lah aku perasan, Ya Allah! malu gila bila turun pentas. rasa nak cabut muka dan lari dari situ. 2rk5's drama sumpah crap. okay dah tak yah ah cite. buat malu 2RK5 je. bhahahaha bai. 

>>>END OF DRAMA<<<


>>>AIR TERJUN BERKELAH<<<

haritu eh ahad lepas en, mah family pergi berkhelah dekat Air Terjun Berkelah. diulangi, 'Air Terjun Berkelah'. Afiqah en tak dengar aku cakap apa. dia tanya lah aku pergi berkhelah kat mana then aku jawab lah " dekat Berkelah" "yelah, kau berkhelah dekat mana??" "dekat Air Terjun Berkelah!" dan dia masih tak faham faham lagi. sampai sekarang. k tipu. setelah dimaklumkan, baru dia tahu. lol. tah pape fiqah ni. malangnya, kami tak dapat ke air terjun yang betul betul punya sebab ada jambatan tu runtuh. ada orang tu cakap kalau nak pergi jugak, mengambil masa 10 minit. tapi kalau nak yang cantik punya, mengambil masa 20 minit. yang dewasa ni tak pergi lah en, yang remaja lagi muda ni, merancang untuk pergi, tapi... entah kenapa tak jadi. dan... ada banyak batu kat sana. air dia deras gila. kalau budak kecik ni boleh lemas. kalau saya yang besar ni haa susah nak lawan arus, apatah lagi yang underage ni. maka dengan ini, saya akan post beberapa gambar yang telah di edit. tapi still hodoh weyh muka. hahah. 

kami muda dan kami tahu :) Choki Choki pun ada taww. choki choki masuk air pun masih sempat diselamatkan. mujurlah. eh btw, itu sepupu saya. nak tengok Running Man? laptop dia lah jadi mangsa -.-

ok seterusnya,
kami masih di dalam air. kalau boleh tak nak keluar dari sana. siyes. mari saya perkenalkan mereka. dari kiri yg pakai baju purple tu Qimie *tak tau cane eja*/ yg pakai baju putih tu Mahir/ yg baju oreng tu Han/ yg baju biru tu Fareed THE OD. Overdose weyh!!! hahah selok./ yg belakang tu yg buat peace tu Ya / yg tudung hitam tu kakak / yg tudung kelabu itu aku. sumpah hodoh tapi umi cakap, dalam air, biasa lah. tak dek orang nak tengok pun -.- hmm yelah umi, yelahh. 

next,
ohh these is mah family. okay yang ni tak payah lah nak perkenalkan. ramai parok. tetapi, yang disebelah kiri yang 2 orang tu, kawan abang, iaitu Amir dan Amzar. hotstuff ada disana. *dimanakah saya?* ohh itu dia! jumpa. serba hitam di hujung sana buat peace. k. habis. 

ada lagi gambar senanya tapi malas nak upload. 

>>>END OF PICNIC<<<



sampai di sini sahajalah ceritera saya. nak tidoq, Assalamualaikum.
cerita lain akan menyusul anda. bye :*

sincerely,
Aing ing ing

Friday, 13 April 2012

HA HA HA tak kelakar..

kay, hai semuaaa. Astaghfirullahalazim. tak dek sapa pun. kan kan. saya tak tahu nak mulakan bicara seperti mana senanya. hmm. okaylah. semenjak 2 3 4 menjak ni kan, diaorg ni banyak betul cerita hantu. kat sekolah hantu, kat rumah hantu. k seghammm. heheh. then, malam selasa tu saya tertidur awal. pukul 8.30 dah tertidur dekat bawah. tak masuk bilik pun. *ulang suara* seghammm. oleh kerana itu, saya tertidur di situ. lepas tu kan, bila dah nak pukul 12 tu umi kejut suh tidur masuk bilik. hmm semenjak itulah, saya dah tak boleh tidur. terbayang itu...ini.... hmm lepas tu baru teringat kan tak sembahyang Isya' lagi. lepatu pergi lah ambik air sembahyang kan, tp masa tu, bukak pintu luas luas. heheh, semua dah tidur masa tu kecuali abang. sedang asyik saya ambil wuduk, tetiba abah ada dekat pintu, *DUA DUA TERKEJUT* dua dua penakut. hahaha k betul ni tak tipu. pastu bosan, hmm ambik laptop online sampai pukul 6. siyes tak tidur. bila dah bosan borak lah dengan Simsimi. dia je kut yg tak tidur lagi or i guess dia dah memang tak tidur langsung. k thanks sbb menemani saya Simsimi. heheh. bye.


>>>> END OF STORY<<<<


ini cerita lain pulak kan.. hmm hari khamis hari tu kan , ada subjek sains. seperti yg telah dimaklumkan haritu, cikgu sains tu ada kutuk group aku kan. kay dah bacaaa ? bagus.  okay sambung balik. erm, hari isnin haritu ada sains but saya tak datang. and Anis cakap , tak ada homework, so saya pun okay. tapi tetiba hari khamis haritu, cikgu suruh saya bangun and tanya pasal nama Enzyme ke menda ntah, memang lah saya tak tahu langsung! and aku pun tergagap gagap nak jawab. memang serious saya tak tahu langsung jawapan dia. then cikgu tanya "hari tu sains dapat berapa?" "saya dapat 66" "hah memang patut pun awak dapat 66 . tengok attitude awak ni.........................................." gila. Ya Allah! patah hati gila rasa. kalau boleh , aku nak lari sekuat hati dari lab tu. Ya Rabbi , masa cikgu cakap tu, mungkin cukgu lupa yg aku ni ada perasaan. maybe. then, cikgu ada tanya org lain, "haa ni jawapan dia apa?" dia pun sama jugak tergagap gagap. lepastu cikgu kata "HAH MEMANG PATUT PUN AWAK DAPAT B" ya Allah, patah hati weyh, aku pun tak faham kenapa cikgu boleh cakap mcm tu. sebelum ni aku tak pernah pun nak mengata cikgu sains ni belakang belakang. lepas cikgu suruh duduk tu *habis keluar air mata darah* anis kata, kay sabar ain. k thanks anis :**** lepastu semalam adalah saya terjumpa dengan cikgu tu, then saya bagi salamlah kan siap tunduk hormat lagi.... kau tahu, cikgu sikit pun tak pandang aku. wallllao. terasa hina gila aku ni. aku buat salah apa dengan cikgu pun , aku tak tahu :'( :'( :'(



>>>>END OF MY USELESS STORY<<<<

bila dengar cerita ni, yg bukan classmate saya mungkin tak beberapa nak percaya kan? percayalah, saya tak tipu, tanya classmate saya. betul ke tidak. eh semalam kan, terjumpa crush baru. heheh. oklah sampai di sini sahaja cerita saya. Assalamualaikum. KBAI. have a beautiful day! 





Friday, 6 April 2012

HOME RUN . hihihihi

okay , Assalamualaikum dan hai semuaaa . okay , nampak ah tak ada orang . kan ? haaa . apa khabar ? saya kat sini sihat je haa , walaupun hati retak ni . okay tak pe . hati saya retak kan sebab kan , haritu kan cikgu cakap kan group saya hampeh . fuyoooo , kutuk banyak lagi pun boleh . sebenarnya kitaorg tanya mcm mana nak bukak bunsen burner tu . itu je , tu pun salah . haihh , tanya salah , tak tanya pun salah . apa salah kitaorg ? . bukan itu sahaja , malah , masa latihan sukan haritu pun cikgu kutuk aku lagi . cikgu kata "awak lari mcm menda je..." k fine . aku ? diam tak terkata . memang panas hati dah lah masa tu . alaa , nak masuk lompat jauh pun..................................haihh malas la cakap . lepastu hari khamis haritu , Yus & Syafiq pangkah aku cam bangang . aku salah isi borang je . bukan nya aku isi borang diaorg pun , nak pangkah aku mcm dia betul sangat isi borang tu 100% . shuhhh . dah ah pendek........eeeeeeeeeeeeeee gedik ah . memang aku tak akan lupa apa yg cikgu cakap kat aku . kbai !



hmm dah lah tu emo . mengada lebih . heh . okay , berbalik kepada tajuk . kalau tajuk dia homerun , mesti korang ingat pasal softball kan ? tahu tak softball ni . dia mcm rounders lah gitu . best weyh ! kitaorg main ni selasa lepas . waktu pj... sampai termakan waktu maths . termakan ? acane tu ? baguslah kalau tahu home run tu apa . kan haritu saya punya group kan , sikit lagi nak mati . mujurlah ada penyelamat ni haa , yg tukang selamat kan group tu , yg lelaki n tak boleh harap , nak nak Dhana . dia lah yg trouble maker nya dalam group saya . semua marah dia . SAYA JADI HOMERUN ! wohooooo . ngeh ngeh ngeh . tahu dah selok . kan ? hahhahahha okay , tak lawak . cer kalau korang main softball then jadi homerun . memang bangga gila lah rasa . okbai



eh , harini birthday abang . selamat hari yg ke 17 tahun ! hmm , apa lagi yek ?! okay ta lak apa sulah . you boleh bla meh . bye , Assalamualaikum :)) have a nice day !